Thursday, August 18, 2011

~KUGAPAI IMPIAN part 1~

Girls Myspace Comments
AS SALAM

Tetiba ase nak menulis kembali begitu membuak2. Dah lame asenya otak ni tak berfikir secara gigihnya tuk menyambung bait2 kata. Ni gak kali pertama kita nak expose hasil nukilan yang mungkin terlalu sadis tuk dibaca oleh owang len. Kita menulis kerana minat. So, sudi2 kan la tuk komen pe yang patut.. huhu. Epi reading ol, jangan sampai da yang muntah ijau lak ek. 


KUGAPAI IMPIAN


“Akak, abah cakap tak boleh. Mama dah cuba pujuk abah tapi abah tetap tak bagi. Mama harap akak pikirlah masak2 ye. Ni masa depan akak kan.”
Selepas gagang diletakkan di tempat asal, Ryna diam seribu bahasa. Kata2 dari mamanya tadi masih terngiang2. Pedih ulu hatinya. Sampai hati abah buat akak macam ni. 

“Wei, cepatla! Orang lain pun nak guna gak”.
Ryna tersentak. Baru tersedar yang masih ada tiga orang siswi beratur di belakangnya. Masing2 sedang menunggu giliran untuk menggunakan telefon awam tersebut. Cepat2 Ryna menyeka air mata yang cuba menodai pipi mulusnya. Dia berpaling, mengucapkan maaf dan pantas berlalu.

Malam itu dia termenung lagi. Segala perih jerihnya selama ini dirasakan sia2 sahaja. Apalagi yang mampu dibuatnya? Dia masih menjadi tanggungjawab abah & mamanya. Segalanya harus memerlukan restu mereka, dia tidak mahu dilabelkan sebagai anak derhaka semata2 untuk mengejar cita2. Hatinya merintih lagi. Niatnya ikhlas! Akhirnya Ryna terlelap dalam sendu yang masih bersisa. Tiada mimpi indah yang mampu menghiasi lenanya yang dihambat resah.
Langkahnya pantas menuju ke arah kafe kolej. Dia harus cepat pagi ini. Dia tidak mahu terlambat lagi.
“Ryna, tunggu la aku. Apa yang kau nak kejarkan sangat tu? Tak larinya Fahmi tu.”
Mira tersengih sambil cuba mengatur kembali pernafasannya yang sedikit tercungap kerana berlari2 anak mengejar langkah Ryna sebentar tadi. Ryna sekadar menjeling. Tiada hati untuk meningkah kata2 gurauan Mira. 

“Eh Ryna, kenapa ni? Monyok je, kau gaduh ngan Fahmi ke semalam?”
Ryna masih diam seribu bahasa. Matanya meliar mencari tempat kosong untuk mengisi perut yang kosong semenjak tengahari semalam. Perkhabaran kurang enak dari kampung membuatkannya terlupa terus mengenai makanan. Usai meletakkan makanan di atas meja, Ryna duduk di kerusi dengan perasaan sebal. Sebal mengenangkan permasalahan yang makin menyempitkan akal mindanya.

“Mira, aku tak dapat la nak follow korang semua. Abah aku tak izinkan. Dia nak aku sambung study kat sini je.” Ryna bersuara lirih, perlahan menahan getar di hujung kata. Berat hatinya untuk meluahkan kata2 tersebut.

Mira terlopong. Laju tangannya memegang tangan Ryna. Patutlah sahabatnya yang seorang itu diam tidak seperti selalu. Pandangan matanya menangkap mata Ryna yang mula berkaca. Pedih juga hatinya. Tiga tahun mengenali & menganyam persahabatan. Tiga tahun juga mereka membina impian, belajar bersungguh2 demi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun bila peluang di depan mata, sahabatnya harus menolak. Dia juga mula merasa peritnya.

“Ryna, kau sabar eh. Kau dah cuba pujuk abah kau ke? Kau bagitau tak yang peluang ni tak selalu datang, yang peluang ni hanya untuk mereka yang benar2 layak je?”

Ryna hanya mampu mengangguk. Dia terlalu sebak untuk berkata2 lagi. Selera kedua2nya mati begitu sahaja. Keduanya melangkah longlai ke kelas selepas menyimpan kembali gelas & pinggan yang digunakan ke dalam besen besar di tepi singki. Kegalauan hati keduanya bak ruang yang kelam tanpa sekelumit sinar, penuh debu yang berselerakan.


p/s: ouhhfff.. malu malu malu, da ke yang sudi bace neh. sampah kot bagi kamoo2 kan? :(


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails